Véhicule blindé de combat d'infanterie
Véhicule blindé de combat d'infanterie

Véhicule blindé de combat d'infanterie

Véhicule Blindé de Combat d'Infanterie (VBCI, "Kenderaan berperisai untuk tempur infantri") adalah sebuah kenderaan tempur berperisai buatan Perancis bagi mengantikan AMX-10P. VBCI dijadualkan akan memasuki perkhidmatan aktif pada tahun 2008, dengan kira-kira 550 buah kenderaan tempur (VBCI/VCI) dan 150 buah kenderaan arahan (VBCI/VPC). Beberapa negara lain seperti Sepanyol [1] telah menunjukan minat terhadap VBCI.
Véhicule Blindé de Combat d'Infanterie dibina daripada badan aluminium yang membawa perisai modular keluli dan titanium, yang mana diganti semasa di medan pertempuran. Kombinasi roda 8x8 direka bagi membuatkan VCBI lebih selesa dan kurang mahal berbanding kenderaan berunut. VCBI juga direka bagi membolehkan ia diangkut dengan menggunakan pesawat Airbus A400M, yang berat kosongnya kurang daripada 18 tan (muatan penuh sehingga 28 tan).

Véhicule blindé de combat d'infanterie

Tempat asal  Perancis
Tinggi 2.2 m
Senjatakedua Mesingan sepaksi 7.62 mm NATO
Lebar 2.98 m
Kelajuan 100 km/j
Senjatapertama Meriam M811 25 mm x 137 mm NATO
Berat VCI: 25.6 t, VPC: 23.3 t (muatan tempur biasa)
Sistem ampaian Beroda
Panjang 7.6 m
Armor Keluli dan titanium
Enjin Diesel
550 hp (410 kW)
Krew 2 + 9-anggota tempur
Jarakoperasi 750 km